Wednesday, 31 December 2008

:: I Just Came Back :) ::

Assalamu'alaikum pada semua readers blog ane....

waaaaaa....batah rasanya nda blogging aaa....it is just because aku pegi Sabah...balik kampongggg...syiokkkk.....tapi nanti lah cerita....wait and see saja...mana tau ada gambar² ku...ehehehe...

ane pun baru balik jua dari sana...guna boat...letih lah jua..so kan berehat lah buat masa ane...esuk tah start blogging with a new story...okay...

:: Salam Ma'al Hijrah ::

Assalamu'alaikum...

Salam Ma'al Hijrah 1430H to all readers dan Muslimin dan Muslimah di Brunei dan seluruh dunia yang mengunjungi blog ane...and yg faham/understand bahasa melayu...moga² pada tahun hijrah yang baru ane akan dapat memberi pembaharuan dan abiskita semua dapat menggapai impian serta azam yang telah di buat dengan lancarnya....Amin Ya Rabbal 'Alamin....

Saturday, 27 December 2008

:: Sinar Cahaya Ayat Kursi ::

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'

'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. ...

:: Poems Written By Husband To Wife ::

wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air, it was blown away. then
I wrote your name on my heart & i got Heart Attack.

******
Twinkle Twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far.

******
The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
why doesn't it rain on you?

******
Roses are red, Violets are blue
monkeys like u should be kept in zoo.
Don't feel so angry you will find me there too
not in cage but laughing at you.

Friday, 26 December 2008

:: Selamat Pengantin Baru ::

*Prak prak bum bum prak bum bum bum...Kompang di palu pengantin baru~duduk bersanding..Tersimpul malu~

cheyy~

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai. Semoga Allah menghimpunkan yg terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat "

just wanna say selamat pengantin baru untuk:

sch0olmate kew~ Siti Aisyah dgn Cigu Sharil *wiwits

cuzen kew~ Rahayu Hj Ibrahim dgn Hj Md Syasuandi

seni0r intake kew tym sk0lah dulu~ Asniza dgn Sagifulaulia also Hatiqah dgn Md Sholleh

last but n0t least

Jiran sebelah kew~ Mezlan dgn Dianawati

* m0gax2 hubungan kalian kekal hingga ke anak cucu sampai hembusan nafas terakhir..Jadilah suami dan isteri s0lehah & mithali..M0gax2 akan kekal hingga dikehidupan yg abadi....

Thursday, 25 December 2008

:: What is Happening?! ::

Aduy ma!Dalam kesibukan cemani, guess what had happen?

PCku ilang nyawa!

I d0n't kn0w apa masalahnya..Padahal bef0re ku 0ff sebelum bejalan tadi, ianya sihat walafiat..Nda kan aku buat hybernati0n bleh nda dpt on tarus?Aduy..Time ku kan buat kerja ada lagi dugaan ane...H0h0h0..$$$..I have t0 bawa cek up d h0spitalnya..Damam kali tia..

Ya Tuhan..Selamatkan PC kesayanganku yg 1 ane..Please..Mudah mudahan esuk pagi ada miracle n pcku idup..Amin..

*hati yg tgh risau*

Tuesday, 23 December 2008

:: Hukum Mengahwini Wanita Hamil... ::

Pasti ramai yg belurih email b0ut this nda bth dulu kan..Jd k0ntr0versi p nda bth...

Apa m0tif email tu nda th ku tau..Pd pandanganku ianya cuma 1 email yg hanya mengelirukan para pembaca..

Antara petikan:
perkahwinan seumpama ini hari ini memang sangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dpt tahu anak pregnant luar nikah, cepatx2 kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bilax2..

***
so maritah diperbetulkan kesilapan ane..

1. Apakah langkah yg sewajarnya dilakukan pada gadis yg belum kahwin didapati hamil anak luar nikah?
J: Tidak boleh gadis itu berkahwin sebelum anak dilahirkan.
**PEMBETULAN
HARUS berkahwin dgn wanita yg mengandung anak luar nikah.

2. Sekiranya lelaki yg bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka nikah?
J: Perempuan itu tidak boleh dikahwini hingga ia melahirkan anak walaupun ada yg bertanggung jawab.
** PEMBETULAN
Sebaikx2 nya DISEGERAKAN perkahwinan pasangan berzina yg mengandung, dengan tidak perlu menunggu bayi lahir.

3. Adakah pernikahan itu sah?
J: Tidak sah nikahnya jika mereka berkahwin.
** PEMBETULAN
Perkahwinan tersebut SAH disisi syara' jika memenuhi syaratx2 dan rukunx2 nya.

4. Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk membetulkan keadaan?
J: Mereka harus berpisah dan hendaklah nikah sekali lagi selepas melahirkan.
** PEMBETULAN
Apabila mereka berkahwin,mereka TIDAK PERLU BERPISAH kerana perkahwinan itu adalah sah.

5. Bagaimana jika ianya tidak dibetulkan?
J: Mereka akan hidup dalam zina sampai bilax2.
** PEMBETULAN
Apabila mereka berkahwin secara sah, maka tidak timbul lagi masalah zina selepas mereka berkahwin.

6. Apakah hak seorang anak luar nikah?
J: Seperti kebanyakan pendapat,anak luar nikah tidak punya hak.
** PEMBETULAN
Anak luar nikah tidak berhak mewarisi harta pusaka bapanya kecuali pemberian semasa hidup dan wasiat.

7. Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah ia bermakna dia bukan mahram kpd anak perempuannya sendiri?
J: Tidak boleh dijadikan mahram.
** PEMBETULAN
Sekiranya si bapa dan si ibu sudah berkahwin maka anak perempuan hasil zina tersebut menjadi mahram kepada suami ibunya (bapa tiri atau bapa zina)

8. Sekiranya pasangan muslim bersekedudukan ingin bernikah, apakah tindakan sewajarnya?
J: pasangan itu tidak boleh terus dinikahkan. Malah,hendaklah diasingkan terlebih dahulu dan menunggu wanita itu haid 1 kali barulah boleh dinikahkan.
** PEMBETULAN
Jika pasangan muslim yg bersekedudukan mereka boleh kahwin pada bilax2 masa apabila memenuhi syarat dan rukun dan tidak perlu menunggu selepas 1 kali haid. Jika yg salah 1 tidak Islam maka ia mestilah memeluk agama Islam terlebih dahulu.

P/S: faktax2 pembetulan diambil berdasarkan hukum Mazhab Shafiee..

Jadi..Sebagai kesimpulan, nyata pernikahan wanita hamil anak luar nikah adalah SAH disisi Islam..

So pada semua,hatix2 terhadap kekeliruan setiap fakta lebih2x lagi yg bersangkutan dgn Islam dan hukum hakam..Jika kurang pasti tanya pada yg pakar..Samax2 lah kita mengingati, hindarilah diri daripada mempelajari ajaranx2 yg boleh mendatangkan penyelewengan terhadap agama kita..Ianya satu perkara yg sangat siax2 dan berdosa besar jika melakukan pensyirikan terhadap Allah..Na'uzubillah..
Sem0ga kita dilindung daripada ajaranx2 sesat dan penyelewengan agama Islam..Amin..Mogax2 di dada kita dipenuhi dgn iman yg teguh terhadap agama kita..
Wallahualam..

Saturday, 20 December 2008

:: Isterix2 Mithali ::

Setiap isteri Rasulullah SAW adalah wanita yg solehah serta taat kepada Allah SWT dan RasulNYA. Mereka adalah wanita Mukmin yg sebenarnya, tekun beribadah, selalu bertaubat kepada Allah, dan menjadikan setiap amalan yg dilakukan oleh Rasulullah sebagai teladan dalam kehidupan mereka.

Mereka juga berpuasa, bersedekah seperti yg diamalkan oleh Rasulullah. Mereka sgt mencintai Rasulullah, ini mereka buktikan dgn kepatuhan mereka kpd baginda. Isterix2 Rasulullah juga pandai menghibur hati baginda ketika baginda ditimpa suatu masalah. Kadangkala di antara mereka ada yg memberikan cadangan dan pendapat kpd Rasulullah SAW.

Mereka tdk pernah membantah akan segala perintah Rasulullah. Mereka mengerti bahawa Rasulullah sentiasa bersikap adil terhadap mereka. Isterix2 baginda juga mengetahui bahawa Allah akan sentiasa menggantikan isteri yg terbaik utk Rasulullah, jika mereka menuntut sesuatu di luar perintah Allah dan RasulNYA.

Firman Allah SWT mafhumnya:
"Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dgn isteri-isteri yg lebih baik daripada kamu, yg patuh, yg beriman, yg taat, yg bertaubat, yg mengerjakan ibadat, yg berpuasa, yg janda dan yg gadis." (At-Tahrim:5)

Di antara isterix2 Rasulullah SAW iaitu:
1. Khadijah binti Khuwailid, (balu) berkahwin dgn Rasulullah umur 40 tahun, sedangkan Rasulullah berumur 25 tahun.

2. Saudah binti Zama' (balu) kahwin dgn Rasulullah umur 50 tahun, sedangkan Rasulullah berumur 50 tahun.

3. Aisyah binti Abu Bakar (gadis) berkahwin dgn Rasulullah umur 9 tahun, sedangkan Rasulullah berumur 54 tahun.

4. Hafshah binti Umar (balu) berkahwin dgn Rasulullah umur 18 tahun, sedangkan Rasulullah berumur 56 tahun.

5. Zainab binti Khuzaimah (balu) kahwin dgn Rasulullah umur 30 tahun, Rasulullah berumur 56 tahun.

6. Ummu Salamah binti Khuzaifah (balu) kahwin dgn Rasulullah umur 29 tahun, sedangkan Rasulullah berumur 57 tahun.

7. Zainab binti Jahsh (janda) kahwin dgn Rasulullah umur 35 tahun, sedangkan Rasulullah berumur 57 tahun.

8. Juwariayah binti Harith (Milk Yamin) kahwin dgn Rasulullah umur 20 tahun, Rasulullah berumur 58 tahun.

9. Ummu Habibah binti Abu Sufian (janda) kahwin dgn Rasulullah umur 35 tahun, Rasulullah berumur 60 tahun.

10. Safiyah binti Huyaiy (Milk Yamin-Janda) kahwin dgn Rasulullah umur 17 tahun, Rasulullah berumur 60 tahun.

11. Maimunah binti Harith (balu) kahwin dgn Rasulullah berumur 36 tahun, Rasulullah berumur 60 tahun.

Wallahualam

Thursday, 18 December 2008

:: Fall For You - Secondhand Serenade ::

The best thing about tonight's
that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know yo wearing things down to the core

(c/o)
But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start

(c/o)

so breathe in so deep
Breathe me in, i'm yours to keep
And hold onto your words
Cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep

Because tonight will be the night that i will fall for you
Over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find...

Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

Teman Sejatiku...

Happy Birthday to Hadidjah bt Rosli@Janif yg ke 22nd years old =)

didoakan semoga dirimu sentiasa didalam lindungan Allah SWT walau dimana jua berada..Semoga dirimu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Dan bahagia bersama keluarga..

Teman sejati yg sentiasa menemani kehidupanku..Yg menggembirakan hidupku.. I will share the air I breathe... :)

lots of luv fr0m nasriah t0 u! Happy birthday!

Wednesday, 17 December 2008

:: Balasan di dunia mencuci dosa... ::

Rasulullah SAW pd suatu waktu pernah berkisah. Pada zaman sblm kalian, pernah ada seorang raja yg amat zalim. Hampir setiap org pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yg sgt berat. Maka seluruh tabib yg ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bwh ancaman pedang,mereka disuruh utk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yg mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang tabib yg mengatakan bahawa penyakit raja itu hanya dapat disembuhkan dgn memakan sejenis ikan. Namun sayangnya ketika itu bukanlah musim ikan tersebut muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat itu bukanlah musim ikan tersebut muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua org utk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib... Walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yg amat terkenal kebijakannya. Dia sgt dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yg bijaksana itu jatuh sakit. Dan ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yg saat itu sangat banyak terdapat di permukaan laut. Oleh yg demikian mereka sgt optimis raja akan segera sembuh kembali.

Tapi apa yg terjadi? Ikan yg sepatutnya bnyk ditemui di permukaan laut itu, tidak ada seekor pun yg kelihatan!Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yg bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dgn kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yg zalim itu selamat; sementara pada waktu raja yg bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikanx2 itu ke dasar laut sehingga raja yg baik itu meninggal?"

Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yg zalim itu pernah berbuat 1 kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikkannya itu, sehingga pd waktu di datang menghadap-Ku, tdk ada lagi kebaikan sedikitpun yg dibawanya. Dan Aku akan tempatkan dia pada neraka yg paling bawah!

"Sementara raja yg baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dgn menyembunyikan ikanx2 itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dgn seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku-tunaikan seluruhnya di dunia!"

Daripada cerita diatas,dapat diambil pelajaran daripadanya
1. Ada kesalahan yg hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga; sehingga dgn demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dpt menguatkan iman kita bila sdg tertimpa musibah.
2. Bila kia tdk pernah tertimpa musibah, jgn terlena. Mungkin Allah 'menghabiskan' simpanan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dpt menjaga kita utk tdk dibuai dgn lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrawi.
3. Musibah yg menimpa seseorang belum tentu kerana org itu telah berbuat kekeliruan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita utk tdk berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yg timbul adalah keinginan utk membantu meringankan penderitaannya.
4. Siapa yg tahu maksud Allah SWT?

Monday, 15 December 2008

:: Tahniah..Congratulati0nz ::

Assalamualaikum...

Tahniah to:

> Hjh Fuziah sahabat perjuanganku yg melangsungkan perkahwinannya 14hb December
> Ka Eny jua yg melangsungkan perkahwinannya 14hb December..
*di doakan semoga kalian bahagia hingga ke anak cucu dan bersama hingga hayat akan datang..Amin*
***
Happy advance birthday to:

> my very cute+lateng little Nur Adiba on 19th December
> my cousin Nisya Maizurah on 19th December
***
Happy advance wedding day to:

> c0usinku ka Rahayu binti Hj Ibrahim on 1st January 2009
> Hasniza & Atikah Md Lani my seni0r intake of sch0ol lagi dulu..On 28th December 2008

:: Dunia Yang Hanya Pinjaman ::

Assalamualaikum...

Semalam,kami dikejutkan dgn berita kematian ayah kepada jiran kami..Innalillahi wainna ilaihi raji'uun...*Al-Fatihah* semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang yg beriman..Amin..

Bila mendengar hal kematian, hatiku sentiasa rasa gentar..Kecut..Takut.. Takut akan sakitnya menghadapi sakaratul maut..Takut menghadapi kematian walaupun tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari kematian..

"Apabila kematian telah ditetapkan,tidak ada sesiapa pun yg akan terkecuali..Tidak juga dapat diawalkan malah tidak dapat ditunda..Semuanya akan berlaku tepat pada waktu yg telah ditetapkan"

Hati jadi sayu bila melihat ahli keluarga si mati yg duduk meratapi jasad yg tidak bernyawa..Hanya ditutup sekujur tubuhnya dgn kain....Hanya doa yg mampu disedekahkan bagi mengiringi langkahnya ke alam yg kekal abadi...

Apabila ku terlihat ada beberapa kesulitan sewaktu pengurusan jenazah dilakukan..Hati mulai takut dan didatangi keinsafan..Lalu terdetik di hati 'apakah ini disebabkan kelalaian yg pernah berlaku sepanjang kehidupannya?' na'uzubillah..Mogax2 bukan itu jadi puncanya..

Namun,airmataku hampir menitis..Bila ku hanya terdengar bunyi tangisan yg mengisi kekosongan ruang..Ah!Itu hanya menyiksakan si mati..Ratapan tangisan itu hanya mendatangkan sia-sia..Marilah mengisi masa itu dgn menyedekahkan pada si mati bacaan Yaasin,Al-Fatihah dan zikrullah..Itu akan meringankan lagi kesakitan si mati...Datang seseorang,menegur 'lebih baik dibacakan Yaasin daripada ditangisi'...Namun,mereka hanya menundukkan kepala..Yang menegur seakan mengerti lalu menyambung 'kalau tidak tahu membaca,cari radio dan pasangkan program Al-Quran'...Baru lah mereka tergesax2 mencari radio utk dipasangkan saluran bacaanx2 Al-Quran..

Hatiku menangis..Menyesali seraya berkata 'Ya Allah,alangkah bertuahnya diriku..Yang telah KAU kurniakan kenikmatan akal fikiran yg sempurna hingga aku mampu mempelajari AgamaMU'...Kita patut mengambil iktibar pada setiap kejadian yg berlaku di depan mata..Dan sentiasa lah bersyukur atas kelebihan yg ada pada diri kita..

Alangkah beruntungnya manusiax2 yg telah dikurnai kepandaian dalam mempelajari Agama Islam..Jgn dipersiakan kelebihan itu kerana ianya amat bermakna dan sangat berguna disetiap waktu...Jadi manfaatkan segala kepandaian dalam ilmu agama yg ada itu sentiasa.. Alangkah ruginya diri kita bila dibiarkan sahaja ilmu itu tanpa dimanfaatkan?....

Kepada semua hamba Allah amnya dan khusus buat diriku sebagai peringatan sepanjang masa...

Semakin hari semakin aku sedar akan kepentingan ilmu agama yg dipelajari..Bukan sekadar pengetahuan malah untuk dipraktikkan..Jika dibiarkan begitu saja..Ia akan hilang dari ingatan dan luput dari hati...Ia umpama bunga..Jika dijaga dan disiram,ia akan sentiasa hidup dan cantik..Jika dibiarkan tanpa disiram dan dibaja,ia akan layu dan lama kelamaan akan mati...

Begitulah kita insanx2 kerdil disisi Tuhan..Ditempatkan di dunia..Dunia yg diumpamakan sebagai sebuah pentas..Dan kita hambax2 nya ialah watakx2 utama..Terdapat berbagai jenis dan ragam watakx2 ini..Yang baik dan jahat..Tinggal hanya lagi kita sendiri yg akan memainkan peranannya sama ada akan berjaya dalam hidup duniawi dan ukhrawi ataupun sebaliknya..Jika dimanfaatkan kehidupan ini, maka bahagialah jawapannya..Namun jika dibiarkan sahaja,maka seksaan lah balasannya..

Ingat wahai insan dan diriku sendiri..Dunia hanya sementara..Akhirat lah yg kekal..Samax2 kita beringat..Perbaikilah diri bagi mendapatkan kebahagiaan hakiki pada kehidupan yg abadi kelak...

Semoga kita semua dapat mencapai kebahagiaan yg di impikan itu nanti pada menuju sinarMU YA ALLAH..Amin Ya Rabbal 'Alamin....

"Tuhanku..Aku tidak layak utk syurgaMU..Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMU..
Oleh itu kurniakan lah,ampunan kepadaku..Ampunkan lah dosaku..Sesungguhnya,Engkaulah pengampun dosa-dosa besar".......

Sunday, 14 December 2008

:: PL bruneian c0uples masa kini (last part) ::

Sambungan..Last part

46. Minta ambil,akhir sikit jadi kemarahan, mau jua on time..Bini2x ne biasa cemani..Durang aa nda sadar mun besiap aa kan mati batahnya..Laki2x harumx2 nunggu sampai kuar bah bau ketiak durang nunggu..

47. Kalau beSMS, ujungx2nya mesti ada words "love u..mwahs" its a MUST..

48. Friendster, facebook mesti ada gambar berdua..

49. MSN mesti nicknya jiwangx2..E.G: zee's, zee's properties..Kalau nda pun ada tia nicknya durang buat bad mood la, i d0n't trust u la..Atu s0mething berkenaan love life drg la tu..

50. Selalu bagi lagu..'eh,lagu ani utk u ni..dangar ahh'

51. Bila ada urg lain,minta putus! Bila udah putus,menyasal tia kan go back..

52. Abis kelaie tampar2x mua..Abis tu ambil uleh rah urg lain.."mulut bebau!Makan sampah ka ko kemarin?!" hohoho

53. Jumpa kwn lama buat nda kenal, sampai kana ucap buang batu..Atu pasal takut kana marah..

54. Kalau ya miscal dah atu kana reject on time,kana ucap bf/gf sama urg lain time ato..Haha

55. Bila ada problem,sikitx2 minta putus!..Rasa jua tu..Kes baus udah ne..

56. Sanggup online 24/7 sematax2 kan tunggu partnernya online..

57. Kadangx2 ada yg tipu indung!Rasa kan bjumpa, escape sekulah..(kalau parents alum approve) biasanya binix2 illegal ne cemani..Illegal means bel0w 18..Haha

ok habis..Artikel ani adalah rekaan sematax2..Tiada kena mengena dgn yg hidup atau mati..Tujuannya bukan utk menyindir..If ada yg terasa sabar saja..Article ane utk dibaca for fun..Peace ^_^ (lau ada yg kan tambah facts buleh jua..)

Saturday, 13 December 2008

:: PL Bruneian c0uples masa kini (part 3)

Sambung lagi...

31. Awal-awal pemalu..Lama-lama nda tau malu..

32. Main transfer credit..Ada gi pandai bunga2 ckp "crdt me low ni..Kapih lagi so masani save2 dulu bmsg" pastu ada tia kana forwardkan..Hahaha

33. Pengikis! Hint ckp baju lawa tia, sampai partner ckp "bah esuk balikan"

34. Couple mesti liat muvee di cinema..Baru romantic~

35. Anniversary celebrate tiap bulan..Abis $..Haha

36. Dulu2 nda jumpa sehari kan mati rasanya, masani dah jumpa kan mati plg rasanya..Hahaha

37. Awal2 mau pujuk, batah-batah malas tia kan pujuk..Pebaik ia menangis sampai ingusnya di lantai..

38. LELAKI, kalau ada game, bula, kereta, m0t0r, makanan, gitar, jadi gf pertama durang tia..Nda tia durang pedulikan gfnya..Ada tia beralasan, diluar ku tadi..

39. BINI-BINI, kalau meliat cerita KOREA handsome2, angau tia..Mcm b*uta sul durang..Bf nda telayan..Sanggup tu bejaga abiskan 2 pack CD..Alasan tidur..Haha lagi tia..

40. Bejalan kajap ke kadai lingka pun mesti miskol pakai loudspeaker..

41. Kalau nda kana balas miskol,kana msg "behapa tu?" kana balas lagi "beria ku tadi" dah ato kana tanya lagi "banar kan tu?"..Membari malas..Hahaha

42. Takut gf/bf nda suruh bejalan, baginya alasan TIDUR padahal bejaur..Ehee..Ada ni..Urg cemane..Tau ku jua..

43. Partner kana balikan brg, inda pandai bersyukur..Mau jua yg mahal n branded..Kira pengikis la jua..

44. Lelaki nda dapat liat perempuan hot..Macam b*ie tia usul durang..Mun lapar baik asak semua nah!

45. Pompuan,f teliat bfnya meliat bini2 lain, kana cubit..Kana tantang lagi tu sampai ingus bah keluar!

(TO BE CONTINUE)

:: PL BRUNEIAN COUPLES MASA KINI ::

Sambungan...

21. Kelaie dalam kereta, drive laju2..Mesti ditakan minyak tu! Pastu brake mengajut..Teperancit air liur rah ceramin dapan..Sian..

22. Sarcastic..Ada saja kan kana sindir..

23. Inda ikhlas melayan pasal hari2 jumpa..Baus bah meliat udah..Makin panjang bulu idung..

24. Handphone 24hrs ditangan..Mcm kwnku tym main bula pun pigang hp beMSN sama gfnya..Handal..Alum pernah gugur hpnya..Main street udah tu..

25. Tukar2 line, tukar2 hp, email swap..Rasa bah kan meliat n mencek sapa dangan bf/gf kuntek..Partner mana tau..Mcm MSN, ada yg spare lagi..

26. Love = CURANG

27. Need tym for privacy (alasan utk putus) ada lagi reason yg paling lame berabis..Need space, kan belajar dulu..

28. Partnernya msg sma urg lain..Buatnya "i miss u m0re than w0rds" hahaha..Ane temasuk dlm golongan curang..

29. Baru 2-3 bulan together,boring tia udah..Mau lagi yg baru..

30. Kalau ditanya "hands0me ka ku ne yang?" gf jwb "hands0me ehh!Bnr!" tapi dalam hati (bulu idungnya tekeluar ah)..

:: PL Couples Bruneian masa kini ::

This article adalah fakta benar yg ku dpt dari adi ku..Ntah dari sumber mana ya belurih..Sorry jika ada ayat yg kurang sopan..InsyaALLAH akan ditapis...

PL (PERILAKU) c0uples Bruneian masa kini...

1. KING & QUEEN CONTROL; semua tah kan di c0ntr0l nya..Baiktah membali kereta c0ntr0l!Kan c0ntr0l pun sadang-sadang la..

2. ICE QUEEN (EGO?); klaie!Bkn tah kan ngakun salahnya walaupun ato andang silapnya..

3. NO CHEMISTRY; inda sefahaman..Sorang mau ice cream,sorang mau ch0c0late..Apakan?..

4. SELINGKUH?; ahahahaha..Kamu ketahuan!!Ani yg paling b*ie sekali la..

5. NO FREEDOM; semua inda buleh!Terpaksa tapuk-tapuk..Sabar saja..

6. PARTNER CECAPI; tawa-tawa,beibun,kan becali mcm pengambangan..Sekali ketaguran bf/gf "bisai2 deh ulahan atu!" yaww sandi eh..

7. GETTING PERMISSION; apa-apa saja hal mesti tanya bf/gf..Indung mcm nda lagi menanggung tu..Bf/gf yg tanggung..

8. SEKAYU; jalan kadai ka,majlis ka,beraya ka mesti pakai baju sama jenis or sama kaler..

9. MEMBESARKAN HAL; masalah damit jadi basar..Mcm kan durang klaie pasal taie ganya..Tapi nda betagur sampai esuk..

10. PENJELES; ane nda semua..Penjeles kan mati..Senyum rah kawan pun nda buleh!Kana tantang selajur..

11. CONTROL AYU/MACHO; esp bab makan....*evil laugh* makan f sama-sama mesti c0ntr0l..Ilang skill kampung..Ada jua yg beshare tu..Partnernya nda sadar tu yg partnernya s0rang tu nda barus gigi gara-gara begagas kan mengaga ia..

12. ONLINE; online menyubuh..Bila nada t0pic kan dicakapkan balik2 tah say i love u,i miss u..Mwahs..*langu ku..

13. CURIGA; Bila bf/gf abis credit kana marahi..Sampai kana cakap 'kenapakan abis credit you ah?Bemsg sama urg lain kah?"..

14. PENGUSUTAN; Mengusut kan mati..Barang damit pun kan di kusut kan..Air liur kucing melakat rah baju pun kan menangis!..

15. SWEET TALKER; bila sama-sama,cakap together2 forever la..Janji idup semati..Itu ini..Sekali baru tecium bau kantut udah tia mental!..

16. KISSING; Couple mesti kissing..Hahahaha *bonus* nada yg nda..Kiss tgn,pipi pun kiss jua namanya *tertakluk rah individu*

17. Mula-mula pigang tangan..Lama-lama pigang kepala....tuhut!Gatal!

18. KELAIE; Kalau kelaie nda teriak-teriak inda sah!Tesumpah-sumpah..Words BUDUH keluar..

19. SPARE; Inda cukup sorang..Mau gi ada spare!Handal eh!..

20. KETAHUAN; Kedapatan!Kan menipu nda pandai..Ahahaha..

(TO BE CONTINUE)

Friday, 12 December 2008

:: Kenanganku - Diari Haji (part akhir) ::

Assalamualaikum..

Sambung lagi diari haji..Part penghabisan..

Masa sampai di Mina tu,happy lah..Pi ada lagi dugaan..Bus nda dpt masuk..So kami paksa bejalan kaki dari ter0w0ng sampai ke khemah..Jauhnya dlm 1km cemato lah..

Masa melontar jamrah aqabah,ramai lah urg..Kami yg berkumpulan pun berpecah..And i'm alone melawan arus manusia yg masuk and keluar..Kan menangis pi kuatkan hati..Pandai-pandai menyelit diri dalam kekosongan..Tapi tubuh ane nda mampu melawan qudrat urg-urg yg bertubuh besar..Mujur ada seorang pakcik warga kitani,menolong aku..Ya tah yg memimpin aku..Guard aku sampai ke dalam dan melontar lah aku..Thanks pakcik..

Masa melontar ketiga-tiga jamrah tu seronok lah..Kami semua sekumpulan..Jadi,lelaki dulu melontar..Abis dorang baru tah kami yg bini-bini and yg laki-lakinya membuat bulatan besar n pigang tgn each other n perempuan ada di dalam lingkaran..Dorang tah yg bawa kami..And semuanya bejalan lancar..Kami buat nafar awal..So melontar dalam dua hari lepas tu kami balik semula ke Mekah..Packing barang dan buat tawaf wida'..Masa tu lah menitis airmata sambil mengimbas kembali kenangan sepanjang haji..Hati meronta sepanjang tawaf mahu diberikan waktu lagi utk tinggal di Mekah..Terasa mcm nda mau balik..Sayu hati..Tapi apa buleh buat..

Kami berangkat ke airport Jeddah and then terbang balik ke tanah air..

Wallahualam.... :) atu tah pengalaman-pengalaman ku disana..Nda pernah dilupakan..To babu hjh siti,uncle hj rahman,hj no'al n brothers,auntie hjh jamilah n husband..Thanx for nice treat..Miss kenangan kitani disana..Masih ada ne gambarnya..

Doaku harapanku: moga aku kembali lagi kesana.....

:: Kenanganku - Diari Haji (part 4) ::

Assalamualaikum...

Kan menyambung gi diari haji ku..

Last saritu kisah di Mekah..So ane masih gi fokus on Mekah...

Ada kenangan manis here..Where aku khatam 2 kali here..Masa di Madinah sekali..Ada 1 waktu atu, masa tgh khusyuk mengaji Quran,masih gi ingat,waktu tu masa menunggu-nunggu azan subuh..Sekali ada seorang makcik ne masuk saf dan mula sembahyang sunat..Aku meneruskan bacaanku la..Selesai saja ya memberi salam,tiba-tiba dipeluknya aku sekuat hatinya..Siap cium pipi aku..Terkajut jua ku bila ya buat cematu..Nasib lah aku nda tolak ia..Kesian makcik tu..Aku terharu jua bila ya peluk aku cematu..But then aku appreciate..Ada jua urg yg mendangar bacaan ku atu..

Waktu disana,i always av0id daripada becakap dgn mama sewaktu menelefon..I know mama kan becakap but aku always pass to my auntie..It makes me cry..I rather talk dgn babah tu..Kesian lah mama waktu tu..

Masa kami di Mekah,kami pun ada sesi lawatan..Ke Jabal Nur; Gua Thur (tempat dimana Nabi menerima wahyu),Arafah; tempat wukuf & ada Jabal Rahmah..Difahamkan Jabal Rahmah ialah titik pertemuan Adam & Hawa setelah mereka terpisah..Also kami melawat Muzdalifah & Mina..

After 2 weeks kami di Mekah,kami berangkat ke Arafah untuk mengerjakan wukuf..Disana kami tinggal di khemah lah..Suasana okay ja..Dah dari sana kami ke Muzdalifah..Subuh 10 Zulhijjah kami mula berangkat ke Mina..Kami nda tau apa dugaan yg diberi..Sepatutnya kami sampai Mina waktu pagi tapi driver bus kami sesat...Jauh lah kami bejalan..Padahal waktu tu kami melintasi Mina udah..Tapi seorang pun nda bersuara yg menyatakan atu Mina..Hatta mutawwif nya jua..Sudah melimpasi Mina setiap org seolah-olah tersedar yg kami sudah jauh berjalan..Aku terpaksa berdiri selama beberapa jam didalam bus gara-gara nada tempat duduk..Disebabkan keadaan huru-hara masa berangkat..Hinggakan urg yg bukan dari group bus kami pun masuk..Terpaksa tah berkorban..

Back to Mina..Kali mutawwif bagitau dekat bus driver yg kami limpas dah dari Mina..So terpaksa tah berpatah balik..Alhamdulillah akhirnya kami sampai dekat tengahari kira-kira jam 11

(TO BE CONTINUE)

Monday, 8 December 2008

:: Kenanganku - Diari Haji Part 3 ::

Assalamualaikum...

Diari Hajiku bersambung kembali..

Kami mula berhijrah ke Mekah..Aku lupa ah berapa lama perjalanan kesana..Yg pentingnya kami berhenti sebentar di bir Ali iaitu tempat Miqat..Miqat ertinya tempat dimana kita mula berniat ihram..Masa dari Madinah udah kami pakai ihram..Because,sampai saja diMEKAH kami tarus melakukan umrah dulu la..

So once sampai..Kami simpan barang-barang dibilik..Den bekumpul dilobi hotel kan berangkat ke Masjidil Haram yg letaknya seberang jalan hotel kami..Masuk kesana kami melakukan solat sunat tahiyatul masjid..Lepas tu kami mula mengerjakan umrah..Masa melangkah kn menuju ke tengah-tengah masjid,nampak udah ka'abah..Kabak-kabak rasa ati..Udah sampai dekat tangga yg cuma beberapa anak tangga ganya,aduh..Lagi sayu + happy..Syukur n bertuah sungguh dapat melihat ka'abah..Yg selama ane,nampak damit di kaca tv rupanya besar...Tertunai hajatku..Melihat ka'abah..Then...Kami mulakan tawaf selamat datang..Den mengerjakan umrah menurut syaratnya dgn turutan...

(TO BE CONTINUE)

:: Kenanganku - Diari Haji part 2 ::

Ana nak sambung semula diari haji ku yg ku buat beberapa jam yg lalu...

Assalamualaikum..

Diari Haji part 1 terhenti sewaktu kami dibawa hijrah ke Raudhah..Ok..

Ada 1 insiden where semasa di Raudhah..Selesai kami di beri taklimat sikit den dibawa utk berziarah ke Makam Rasul serta 2 sahabat besar baginda,waktu tu aku sekumpulan dgn nenek aku,my aunties (3 org)..Entah kenapa sewaktu berasak-asak masuk ke kawasan berhampiran makam,aku terasa mereka yg lain telah pun disappear dari kumpulan..Ertinya aku s0rang lah yg tinggal..Aku mula panic namun cepat-cepat beristighfar dan berdoa yg aku akan bertemu mereka..Aku tau bahawa saat itu,Allah mendatangkan dugaan buatku..

Jemaah perempuan sememangnya ada had yg khas utk masuk ke makam..Setelah selesai memberi salam dan berd0a buat nabi dan sahabatnya,aku bergegas ke ruang sembahyang utk mencari semula mereka..Namun tidak aku temui..Aku cuba tenangkan diri dan mencari jemaah yg memangnya rombongan Jemaah Brunei..Mujur ku terjumpa..So aku berkumpul bersama d0rang hingga selesai s0lat..Sewaktu hendak keluar dari pintu masjid..Nda semana-mana,ada tia ku ternampak durang nini..Aku bersyukur sal kejumpahan durang..Pi f nda kejumpahan pun aku bercadang utk tunggu durang di hotel saja..

Abis sal ato,cerita sal kami dibawa melawat ke makam para syuhadah...Jabal Uhud yg tanahnya berwarna kemerah-merahan..Lepas ato ke masjid Quba..Masjid pertama yg dibina oleh Rasul..

1 insiden gi,aku gugur tedasur di tangga masa lapas dinner di hotel..Owh my..Ramai yg meliat..Kwang3x...Yg sioknya,kadai ada sekeliling hotel..Lau kan membeli belah pun ok..Yg bisainya tukaran $ sma mcm pertukaran brunei ke m'sia..Di darab dgn 2 saja..K

di Madinah kami 10 hari ja..Cuaca memang sejuk lah..Seminggu damam..Maybe nda biasa dengan pertukaran waktu n cuaca..Okeh..Abis dah hal di Madinah..Kami mula berhijrah ke Mekah.. :)

(To Be Continue)

:: Kenanganku..Diari Haji ::

Assalamualaikum...

Salam Aidiladha to all Bruneian..

Tadi,ku watching tv and then ada takbir raya kan.. Sayu hatiku bila mendangar..Ianya mengundang seribu keinsafan kedalam hati ane..Mengalir lah jua airmataku..

Sekali,i'm watching diari umrah Jimmy & Faizal,punya lah ku rindu akan suasana di Madinah & Mekah..Sewaktu menunaikan Haji tahun 2003

Masa durang ke pasar kurma Madinah..Best~macam-macam jenis tamar..Disana kalau kan membeli kurma,kacang,buah zaitun,chocolates memang we g0t lots of ch0ices..
Part kurma-kurma, di Madinah paling banyak..Part choc0lates em..Pergi saja ke Patchi..Yummy..Or di Mekah..Nda sah kalau nda singgah ke Bin Daw0od..Banyak ch0c0lates such as Safari,Galaxy,Kinder n s0 on..
Ah,teringat ada 1 fast f0od restaurant dkt h0tel tempat kami menginap (As-Salam) namanya Kudu..Hehehe..After having breakfast,ar0und 8 o'cl0ck if nada papa pr0gram,i went there la..Beli fast f0ods..Not forgetting pancakes n kebabz dkt dgn Bin Daw0od..

Atu pasal f0ods..Pasal places..Dari Jeddah,kmi tarus berangkat k Madinah..Singgah d Masjid Qiblatain..Utk smbhyg subuh..Merasa la jua..Masjid yg ada dua kiblah..Den kami sampai Madinah,di tempatkan di hotel Taibah..Masjid Nabawi?Nda jauh dari hotel..Beberapa meter jua ganya bejalan..Cuaca masa tu sajuk + lembab..Pecaya or nda,24hrs jacket tersarung ditubuhku..

1st day sampai Madinah,waktu tu dkt Zoh0r..Afta besiap,den we g0 t0 masjid Nabawi..MasyaALLAH..Indah pemandangannya..Masa tu matahari memancar terik tapi setitik peluh pun nada..Cuma rasa lembab..AllahuAKBAR..Masuk ja,terus buat s0lat tahiyatul masjid di kawasan Raudhah..Raudhah means taman syurga..Kawasan yg open air..Lau liat dri atas,ada d0rm hijau so that is Raudah

(TO BE CONTINUE)

Sunday, 7 December 2008

:: music i like?...Dah jadi org seni la pulak.. ::

Assalamualaikum...

Tadi,masa aku chat MSN *yth trend urg ne msn a..Well,u kn0w u are Bruneian..Aa..Forget bout that..Aku texting lah sama sahabat setiaku ini..Ku bepadah rah nya,aku kan blogging tapi takde idea nak buat apeee..So,katanya how ab0ut ur fav0urite music?Hmm..Ane kira requestnya lah kan...

Buat sahabat setiaku..As u wish lah kan..Disebabkan anta menyuakan buah fikiran utk disumbangkan ke dalam blog saya,jadinya saya tak nak menghampakan anta dgn permintaan ini,memandangkan anta salah seorang pembaca blog yg tdk lah seberapa ini..

Bercakap mengenai music/genre music/lagu..Benda-benda ini semuanya berkaitan dengan seni..Juga ianya dicipta base on creativity seseorang yg hatinya meminati bidang music lah..Khususnya..Atu secara amnya saja..Kata org,ayat-ayat yg tersusun di atas ane tadi baru mukaddimah..

Sekarang,baru ku fokuskan kepada ana sendiri..Saya,selaku manusia biasa..Mcm anta juga..Hehehe..Telinga n jiwa ane flexible on apa jua lagu yg kedengarannya bisai..Bermula dgn lagu rock,alternative rock...Lagu-lagu ane ku dengar sewaktu aku sedang santai..Mungkin ada certain people hairan kali why aku pilih genre music yg heavy lah sikit..Not heavy metal lah yg pentingnya..Perggh!Heavy Metal yg cuma membingitkan telinga..So saya pilih rock,pop rock,alternative rock..Aaa~rock 80'an?Aku untuk jiwa blues k..Pi,aku banyaknya minat *bukan fanatik cuma minat/comfortable* alternative rock..Mcm avenged sevenfold tu,inda semua musicnya dicateg0rykan heavy r0ck..Ada yg sadang-sadang..Mcm lagunya seize the day,dear god..Ah atu bisai dikit..Others?Secondhand Serenade,Linkin Park,Evanescence,Nightwish..Biasanya dlm keadaanku yg kdg2 full of stress,aku sumbat my headphone n dgr lagu2 dari genre music ane lah..Bilanya bekurang sikit,baru tah tukar..

Tapi,bukan lah bermakna,aku dangar lagu dari genre music cematu sewaktu ku stress,aku tu membelakangi zikir-zikir Allah (yg afdhalnya lah..) na'uzubillah..Nda lah..Saja-saja ja..Tapi ada kalanya jiwaku nda dpt mendangar lagu r0ck..Meskipun tah stress..So buka tia nasyid nah..Zikir-zikir harian..Ada jua tu..Yg dari si Munif Ahmad (vocalist Hijjaz) its marvellous (luruska?) insyaALLAH hati kitani akan tenang..Lapang dada..Mcm aku lah..Dalam sehari mesti ada dgr zikir tu..Siapa rajin liat astro oasis ada tu..Rah program Indahnya Iman..Best..Lapas Azan,ada tia tu...

Ok...Next is sekarang ne pemes ne lagu-lagu indonesia..Pi aku suka yg slow,pop pi inda la rancak..Pop balada..R'n'B..HipHop?Sadang..Ehehehe..Ato ya punya music..

How bout lagu-lagunya...
Cuba dgr kumpulan ST12 - saat terakhir,cinta yang sempurna,jangan pernah berubah..3 lagu ane yg selalu ku dgr..Kumpulan Kangen Band - Kembali Pulang..Rossa pleaseee..Ayat-Ayat Cinta..That's it!

Lagu-lagu rock 80'AN,90'AN..
Banyak nih....Blackrose,Gersang,Damasutra,Search,Wings,Iklim,Spoon,Spin..Ehehe..Balada: Safura,Ziana Zain.. (ane time jiwa-jiwa yg jiwang)

RnB,Pop : Bey0nce,Usher,Jason Mraz,Rihanna..So on..

Tu semua lagu-lagu yg biasanya ku dgr la..Part-part menghayati lirik,hm..Mostly banyak go thr0ugh nasyid la..Menginsafkan..Hayati ja banar-banar..Bari menangis

em,ok..To be continue..(Rasaku,mcm out of topic..Pi nda apalah..Khusus utk sahabat setiaku membaca..)

Friday, 5 December 2008

:: Wahai Anakku Yang Aku Sayangi ::

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: 'Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yg besar. " (QS. 31:13)

Tiada kata seindah doa dan nasihat yg berguna, Lukmanul Hakim adalah seseorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Kepada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan,semoga jadi panduan...

1. Wahai anakku yang kusayangi...Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dgn sampan yg bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakal kpd Allah SWT.

2. Wahai anakku yg kusayangi...Sesungguhnya org-org yg selalu menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yg insaf dan sedar telah menerima kemuliaan dari Allah.

3. Wahai anakku yg kusayangi...Org yg merasa dirinya hina dan rendah diri dlm beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu' kepadaNYA. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghidari maksiat.

4. Wahai anakku yg kusayangi...Seandainya org tuamu marah kpdmu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yg kusayangi...Selalu berharap kpd Allah tentang segala sesuatu yg menyebabkan dirimu tidak derhaka kpd Allah. Takutlah kpdNYA dgn sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

6. Wahai anakku yg kusayangi...Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

7. Wahai anakku yg kusayangi...Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tdk dipercaya org dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan hal-hal yg tidak benar. Ketahuilah memindahkan batu besar dari tempat asalnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yg kusayangi...Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu dan besi yg amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai tetangga yg jahat.

9. Wahai anakku yg kusayangi...Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seorang yg bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada org yg cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yg menjadi utusan.

10. Wahai anakku yg kusayangi...Makanlah makanan bersama org-org yg bertaqwa dan musyawarahkanlah urusanmu dgn para alim ulama dgn cara memohon nasihat kepadanya.

Thursday, 4 December 2008

:: Apa Yang Aku Cari ::

Assalamualaikum..

Syukur,kerana Engkau Maha Pengasih masih memberi ruang utk hambamu ini terus bernafas..Engkau Maha Pemurah sebab masih memberi aku peluang utk berpijak di bumiMU,Dan ku kan sentiasa bermohon agar Kau berkati dan redhai segala apa jua yg ku lakukan..Mudah-mudahan ia mendatangkan kebaikan..

Sebenarnya,waktu ane aku tgh limpang2..Afta solat..Nda tau kan buat papa..Sekali..Ada tia ideaku kan berceloteh panjang..Semuanya bekaitan tentang hidup..

Hidup..Banyak kiasan utk menggambarkannya..Kdg2 susah utk kita mengertikan..Tapi nda lah memeningkan kepala..Cuma,kitani sebagai hamba saja yg kadangkala sengaja utk nda mau memahami or malas utk mengerti..Terutama sekali dlm hal-hal yg nampak seperti remeh but complicated..

Aku pun kadang-kadang cematu..Yth bila tepikir benda cane ne,ku rasa..Rata-rata setiap urg pun ada kalanya berasa tidak puas hati dgn hidup dan jua kehidupan yg dilalui..Hmm..Easy to say 'nda tau bersyukur!'..Apa yg ada n apa yg tersedia utk ketani sebenarnya merupakan 1 rahmat dan 1 anugerah..Aduh..Terkadang aku rasa menyesal and malu dgn perangaiku yg ada kalanya pengusutan..Mengusut tentang sesuatu bila ku di datangi masalah..And aku kadang-kadang mengeluh..Ya Tuhan..Aku malu dan rasa bersalah kepadaMU kerana aku nda tau mensyukuri nikmat yg KAU beri dan senantiasa merungut bila ada masalah..Seolah-olah nda dpt diselesaikan..Ampuni aku Ya Allah..

Apa sebenarnya yg dicari ku pun nda tau..

Pernah ku terbaca 1 ungkapan ane: hidup sebenarnya mudah..Tapi ada yg kata hidup nda semudah yg tane gambarkan. Dan ada 1001 ungkapan lain yg menggambarkan tentang hidup dan kehidupan..Tapi apa-apa pun tanggapan urg,sebenarnya tane nda mampu menggambarkannya dgn tepat..

So...Hamba-hamba Allah,termasuk aku khususnya..Mari tah kitani berfikir tentang hidup..'hidup memang mudah tapi jgn ambil mudah soal hidup dan kehidupan'

Dalam hidup dan kehidupan, yg mudah dan yg susah ato merupakan dugaan daripada Sang Pencipta..So hayati,nikmatilah hidup dan kehidupan kitani di dunia ane dgn sebaiknya..Syukurilah kerana kita sekalian hamba telah diberikan sebuah kehidupan sementara sebelum kita menikmati kehidupan yg kekal abadi..

Wednesday, 3 December 2008

:: Recipes - Chicken Gordon Bleu ::

Sempena Aidiladha ane,aku mau share recipes..

Ingredients:
200g chicken breast
1piece slice keju
1piece of meat (dihiris)
1biji telur
20g serbuk roti kuning
1sudu makan tepung gandum
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu teh paprika & lada putih
Minyak

Untuk Sauce:
30g mixed vegie
30ml air rebusan ayam
10g bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu BBQ sauce
1 sudu chilli sauce & tomato sauce
Minyak

Cara Penyediaannya:
1. Potong ayam dan buat lubang
2. Sumbat keju Cheedar dan daging kedalamnya
3. Gaul ayam dengan garam,serbuk lada putih & paprika
4. Sapukan dgn tepung & telur
5. Taburkan serbuk roti kuning
6. Goreng ayam hingga masak kemudian toskan
7. Saucenya, panaskan minyak, tumis bawang dan masukkan sauce-sauce lain..Kemudian hidang bersama ayam..

* selamat mencuba ;)

Tuesday, 2 December 2008

:: Disember o Disember ::

Assalamualaikum..

Disember tiba..Tanda mengakhiri jalan kehidupan 365 hari sebelumnya dan bakal memulakan lembaran hidup setiap insan pada 365 hari akan datang..Pastinya setiap insan sdg sibuk mengemaskinikan o updating kisah kehidupan yg dijalani sepanjang tahun ini dan aku membuka buku baru dgn serba yg baru utk mencatat liku-liku kehidupan yg bakal ditempuhi tidak lama lagi..

Begitu juga aku yg pada waktu ini sedang mengimbas apa yg telah dan apa yg pernah berlaku ke atas diri yg tidak sesempurna mana pun..
Namun,pada masa yg sama,aku juga sedang berfikir apa yg akan aku lakukan pada melangkah tahun baru yg bakal menjelang..Aku sedang merancang sesuatu yg lebih baik dan sempurna daripada yg sebelumnya..Dan ku harap rancanganku akan tercapai tanpa sebarang gangguan..Dan ku harapkan imanku akan sentiasa bertambah dan terus bercambah dan hati akan terus tabah dalam menghadapi kehidupan akan dtg yg lebih mencabar..Amin Ya Rabbal 'Alamin..