Saturday, 29 November 2008

:: Salam Aidiladha ::

:: Salam Aidiladha ::




Salam Aidiladha (8 Disember 2008) pada semua warganegara Brunei Darussalam...terkenangkan Aidiladha teringat balik saat² sewaktu ana menunaikan ibadah haji pada tahun 2003...rindu sangat kan meliat ka'abah..kan menjejakkan kakiku semula ke masjid nabawi dan masjidil haram...terkenang sewaktu melontar jamrah...ketika duduk mendengar khutbah sewaktu wukuf di Arafah...

Ya Allah...betapa indahnya waktu ketika itu....hm....Tunaikan lah hajatku sekali ini..untuk menjejakkan kaki ke sana...menunaikan ibadah haji buat kali ke-2

Kepada para jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji pada tahun ini didoakan semoga akan diberkati hidup kalian di sana dan semoga dapat memanfaatkan waktu disana dengan memperbanyakkan ibadah dan moga² kalian akan mendapat haji yg mabrur...

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Friday, 28 November 2008

:: Kasih Sayang Mengikut Bulan Kelahiran ::

:: Kasih Sayang Mengikut Bulan KeLahiran ::

Januari

*Mudah jatuh cinta *Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranyadikhianati. *Pandai mengambil hati pasangannya. *Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. *Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. *Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya. *Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. *Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari

* Sukar untuk jatuh cinta . *Amat hormat kepada pasangan. *Amat suka memikat pasangan. *Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. * Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya *Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yangtahu) . *Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. *Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.


Mac

*Mudah menawan hati pasangannya. *Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. *Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati. *Sangat baik dalam menjaga perhubungan. *Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. *Perasaan cemburu yang minima. *Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. *Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras. *Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April

*Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta. *Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. *Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. *Sentiasa ingin diberi perhatian. *Amat cemburu dalam perhubungan. *Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. *Emosi cepat terusik dan mudah terluka. *Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. *Romantik dan terlalu romantik. * Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. *Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei

*Amat mudah jatuh cinta. *Baik dan jujur dalam perhubungan. *Pandai menarik hati pasangan. *Perasaan cinta yang mendalam. *Mudah untuk di pujuk. *Mudah menerima cinta seseorang. *Pilihan yang tepat dalam berpasangan. *Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. *Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control). *Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. *Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandaimemperlihatkan. *Ambil berat dalam menjaga hubungan.


Jun

*Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. *Sukar melukai dan memahami hati pasangan. *Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. *Cerewet dalam hubungan. *Selalu beremosi. *Mudah merajuk dan mudah di pujuk. *Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. *Elok untuk menjadi Ibu yang baik. *Dahagakan pujian dari pasangan.


Julai

*Amat sukar didampingi pasangan. *Sukar dimengerti oleh pasangan. *Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. *Amat mudah dipujuk dan berterus terang. *Amat menghargai kesetiaan pasangan. *Mengambil berat dan mengasihi pasangan *Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai. *Mudah terluka dan lambat untuk pulih. *Suka merajuk dan dipujuk. *Setia terhadap pasangan. *Suka mendengar dan tidak suka membantah. *Cemburu terhadap pasangan. *Suka menilai dan menjaga perhubungan.


Ogos

*Pandai memujuk pasangan *Suka memimpin pasangan. *Romantik, Pengasih dan Penyayang. *Kelam kabut dalam perhubungan. *Sangat sensitif . *Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.


September

*Bersopan dalam hubungan. *bertolak ansur terhadap pasangan. *Suka mengkritik pasangan. *Sangat prihatin terhadap pasangan. *Sangat sensitif dan emosi. *Pandai memahami pasangan. *Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan. *Sukar melupakan sekiranya hati terluka. *Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan. *Pandai menyimpan perasaan. *Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.


Oktober

*Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. *Suka disayangi dan menyayangi pasangan. *Sopan terhadap pasangan. *Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. *Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. *Emosi yang mudah terusik. *Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. *Cemburu dan terlalu cemburu. *Romantik *Memahami pasangan.


November

*Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. *Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. *Agak degil dan kuat pendirian. *Mudah ambil berat terhadap pasangan. *Emosi yang mendalam. *Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.


Disember

*Pemurah terhadap perhubungan *Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. *Tergesa-gesa dalam perhubungan *Suka didampingi oleh pasangan. *Benci bila dikongkong. *Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki) *Suka mempengaruhi pasangan.

Thursday, 27 November 2008

:: Luruskan Hatiku Tuhan ::

Ya Allah...
dengan berkat Nabi-MU
dan berkat guruku
luruskanlah hatiku
agar agamaku lurus
betulkanlah hatiku
agar aku ikhlas selalu
tetapkanlah hatiku
agar aku tidak tergugat
denan ujian yang menimpa

Ya Allah...
Tuhan yg mencipta hati
bersihkanlah hatiku
agar mazmummahku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupan org lain
Wahai Tuhan...
yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku
agar keyakinanku tidak berubah
supaya aku sentiasa tabah

Tuhan...
ENGKAU rasakanlah hatiku
sentiasa bersama-MU
supaya aku rasa
ada kawan melindungku
agar aku tak rasa sepi
di dalam hidupku
aku merasa malu
melanggar perintah
dan sentiasa siap sedia
menunaikan perintah-MU

Ya Allah...
Tuhan yg menjaga hati
baikilah hatiku
agar seluruh hidupku menjadi baik
supaya tidak khianat
dan tidak hasad
dan tidak berdendam
sesama manusia

Tuhan..
Limpahkanlah ke dalam hatiku
ilmu dan hikmah
hingga aku dapat menyuluh hati
dan menyuluh kehidupanku
supaya lahir batinku menjadi taat

Tuhan..
Aku harap ENGKAU
kabulkanlah doaku ini...

:: Jika & Ketika ::

Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia.. Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung air matamu

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.. Allah sedang menunggu bersama-samamu

Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.. Allah mempunyai jawapannya

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan.. Allah bersamamu untuk menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.. sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur.. Allah telah pun memberkatimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. Allah telah pun tersenyum kepadamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.. Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Oleh itu ingatlah bahawa dimana pun kau atau ke manapun kau berada..Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu...

Sunday, 23 November 2008

:: You Know You Are Bruneian (part 2) ::

sambungan....

6. You go to someone's wedding, you give money using an envelope and put your name on it or if u think u don't give enuf u use a blank envelope. (ada yg buat cemato ka?)
7. Indo mee is your staple food and Ayamku is your fast food. (mine is Nasi Katok)
8. The term 'balik kampong' is almost not applicable..Since u can 'balik kampong' everyday.
9. Motorcycles & bicycles are not your transport. They are your sport.
10. When u see local tv camera around u during the day, then at night u will watch local news...and hoping to see urself on television. (hahaha..Always)
11. You drive your car on wavy & potholed road.
12. You receive official news faster by mean of 'mouth' than by 'written'.
13. You like electronic products from Japan.
14. If u have the chance to call a radio show and before u are asked to hangup, u say 'buleh minta putarkan lagu?' (i'm 1 of them)
15. You are in BIG debts and refuse to pay the lenders and yet still drive a CLK and live in mansion. (biar papa asal bergaya..Hahaha)
16. You wear baju kurung with large katoks and maniks all over. (hehehe..Banar jua kan)
17. You are loud and speak in melandih way (i'm not!)
18. You and the whole family have the same car plate numbers (kwang3x)
19. You spend ur $$$ on your wedding even though u are broke.
20. You become Akademi Fantasia fanatics. (Yeww!Inda ku minat aa)

to be continue.. ;)

Saturday, 22 November 2008

:: You Know You Are Bruneian ::

This fact aku ambil from my email..It shows ciri-ciri urg Brunei..Here we go~

1. You 'miss call' instead of calling or sending SMS (Banar ne..I'm 1 of those people)
2. You always say 'kapih ku..Bila terima/keluar gaji/overtime/elaun ah?' (this 1,hm,dulu masa masih terima elaun,cemani la keadaanku..Now pun masih..Kekeke)
3. You park your car as close as possible to your destination area. (biasa la..Cari senang)
4. You speak Malaysia if u meet Malaysian, speak Indonesia if u meet Indonesian..and so on. (erm..No c0mment..Hehehe)
5. You are asked to go to a 'meeting' but actually u will only be 'listening'. (yg ane nda ku tau ah)

ok ane dulu..Tunggu you know u are Bruneian pt.2 k...

Friday, 21 November 2008

:: Tangisan Rasulullah Menggegarkan ::

Untuk renungan bersama. Semoga bermanfaat

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya> Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya> Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu.
"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!"
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!"
"Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!"
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu> pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.
"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.
'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.
"Kalau tidak keberatan.... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... "
:: Dipetik daripada email yang di forwardkan kepada ana ::

:: Apa Benda Yang Paling Keras Di Dunia Ane? ::

:: Apa Benda Yg Paling Keras di Dunia ane???? ::


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kahwin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa, siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu. Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,
Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.
Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan... Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...
Muncullah lelaki ke-2.....
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan..... Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini...
Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak.....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehehehehe........ Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe.....
(Sila scroll down............)
BENDA ITU IALAH............
COKLAT M&M.......CAIR DIMULUT, TAK CAIR DITANGAN!
HEHEHEHEHE......
:: Di Mana Cantiknya Seorang Wanita? ::

dipetik daripada www.iLuvislam.com

Coretan oleh : zatyrainz
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat

Thursday, 20 November 2008

:: Ku Panjat Kesyukuran ::
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Tiba sudah hari lahirku yang ke 22 tahun kemarin...(19hb November 2008)...

Syukur Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala sebab sampai ke umur ane, hayatku masih lagi dpanjangkan...Masih lagi bernafas di muka bumi ane...And yet, kupanjatkan do'a mudah-mudahan hayatku dipanjangkan lagi dari tahu ke setahun...dimurahkan rezeki dan yang paling penting aku akan dapat merubah hidupku jadi yang lebih baik daripada hari ane... :)

I got wish on my birthday...harap-harap tertunai...

1st is getting married...kwang3x insyaAllah jika rezeki ada di tangan...akan ku tunaikan sunnah yg satu ane...
2nd...Ya Allah, tunaikan hajatku utk kembali ke hadapan Baitullah...untuk merasai sekali lagi nikmat haji buat kesekian kalinya...Amin Ya Rabbal 'Alamin
3rd...Remember lagi dulu ada baju yang becap I Love MOM n I love DAD aaa....hopefully aku dapat pakai lagi baju atu...hahahahaha...cuteeeee~nanti aku buat eh....suruh print ja gambarnya dibaju...hehehehehe....

Lagi??...atu ja kali aaaa.....hehehehe
:: Satu Cerita Seribu Makna ::

Tajuk: Yang Kacak Yang Hodoh

Suatu masa wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya.

Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik.

Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:
Semasa Yazid mentadbir Khurasan,
Semua wajah kelihatan ceria.
Pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.
Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya
berwajah hodoh dan menakutkan.

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetapi si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersemnbunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.

Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa - apa setelah menerima surat daripada ibunya.

"Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?" tanya Qutaibah.

"Dengan wajah yang kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu."

Qutaibah tertwa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan.

Friday, 14 November 2008

:: What happen in November? ::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Firstly~

Happy Belated Birthday to:

Ustazah Waiduri on 2nd Nov
Majeedahtul Nadirah on 5th Nov
Noor Hanani on 5th Nov
Farah Dizza on 7th Nov
Eliza on 7th Nov
Nabilah on 11th Nov
Ayie on 11th Nov
Farah Dalillah on 12th Nov
Farah Dalilly on 12th Nov

Norella Humizza on 12th Nov

While..Wanna say Happy Birthday today to:

Siti Umairah on 14th Nov

And...Happy Advance Birthday to:

Nur Syahirah@Norsaibah on 17th Nov
not forgetting me mysel
Hajah Siti Nasriah on 19th Nov
Siti Zawani on 21st Nov
Shariani on 21st Nov
Chiew She Mien on 24th Nov
and last but not least...
Merliana on 25th Nov

yet..I wanna say c0ngratulation to:

FD on her engagement day (7th Nov) congrats~
Siti Zurainah on her wedding day with Asmadi (14th til 16th Nov) congrats~
also not forgetting my lovely bestfriend..
Nuraiddah Hj Md Salleh on her engagement day wif Yuss0f (23rd Nov) congrats~

Sem0ga Allah memberi rahmat dan lindungan,dikurniakan rezeki serta dipanjangkan umur utk kita semua..Tidak lupa kepada sesiapa saja di muka bumi ini yg menyambut hari lahir,pertunangan,kelahiran anak,perkahwinan,kenaikan pangkat,mendapat anugerah,menunaikan fardhu haji..Tahniah..Moga Allah merahmati semua hambaNYA..
Namun tidak dilupakan bagi yg telah kembali keRAHMATULLAH..Takziah kpd ahli keluarga dan Al-Fatihah disedekahkan kepada mereka yg menyahut seruan Illahi..Sem0ga mereka ditempatkan dalam golongan ahli-ahli syurga..Amin..

Sekian...
Lots of love fr0m Enas :)

Sunday, 9 November 2008

:: 19 Hadith Mengenai Wanita ::
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
:: What To Wear ::


Assalamu'alaikum


Cuba liat gambar di bawah ani...ok....


Saturday, 8 November 2008

:: Apa Dah Jadi Dgn Manusia Zaman Ini? ::

Assalamu'alaikum...

Tadi,aku pegi online mig33 lah..Dah tu,aku masuk chatroom Brunei Single..Hajat utk sekadar meliatx2 saja tapi nda jadi di sebabkan ada 1 incident di mana salah se0rang chatter d r0om atu texting sumting yg menampak kan ker0sakan aqidahnya sbg se0rang Muslim..Astaghfirullah..
Aku inda plang tau hujung pangkal cerita dorang tapi text2 nya membuatkan aku dan chatters lain sakit hati dan beristighfar..Namun ada jua yg meny0k0ng ia!
Mula2x tu ya text 'aku tau plang aku ne sosial..Mama n bapaku pun sosial..Tapi kami banyak duit..' (hatiku terdetik) jadinya?Keluarga cematu ka yg patut di banggakan?Sifat yg sosial?Banyak duit? Adakah semua benda tu menjamin dirinya masuk syurga?Dapat kebahagiaan di akhirat?.. (b'giling kepala ku tadi..)
Bila textnya dibalas,ia reply lagi 'kamu sibuk kenapa?Kami nda jua kacau kamu..Aku saja kan beritahu yg kami banyak duit saja'...(lagi?) 'mama bapaku nda marah aku jua kalau c0usin lelaki ku tidur sebilik dgn aku..Jadi kamu kenapa kan menagur?' ( Ya Allah..Parent jenis apa kan atu?Yg nda menagur anaknya tidur sebilik dgn sepupu lelaki? Sedangkan sebolehnya tane mesti memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan bila mencapai umur 5 tahun...)





(ya text apa lagi?) 'uncle ku pun pernah meliat aku naked pasal ya masuk ke bathr0om and masa tu aku lupa kunci pintu' (Astaghfirullah) (lagi?) 'nada pun kan dimalukan..Jadi bahan ketawa kami lagi..N uncleku puji badanku lawa' (loya tekak ku..Kan menangis ku membaca..Malu ku arah kaum hawa yg 1 ane!Sungguh murah harga dirinya!Nada maruah ka?)

Lapas atu ya keep on text..'banarnya aku ne ilang dara udah and i like doing sex' (lagi tah menitis airmataku) 'i even having sex with white guy~' (den i realise ia hidup di luar negeri with familynya..Tapi ndakan sampai lupa asal usul..Chatters mbri text : entah2 rukun Islam pun nda tau!Lupa kali asal usul manusia)
Sekali tiba2 ya text utk ditujukan rah 1 chatter ni 'eh!You bitch girl!Mudahan tah mama mu mati dah tu tarus jadi kafir!Amin..' (Na'uzubillah..laju lagi titisan airmataku!Rasa kan ku cari urg atu and ku tampar mukanya kerana mendoakan keburukan utk indung urg bah!Apa rasanya kalau urg doakan cematu for her m0m? Astaghfirullah..Textnya atu di ulang2x..Kesian urg yg di tujukan)

sebenarnya banyak lagi pi paksa ku beranti dahulu..Masanya kan keluar ya tarus say bye..Nyangku membalas 'nda g pandai bagi salam pakah.!' sekali di balasinya 'apa bagi salam?Nada main tu bagi salam!Nda co0l!' (marah rasa hatiku..Nda henti ku beristighfar)
Di hati ku berdoa:
'Ya Allah,m0ga kau mengampunkan hambaMU itu serta ahli keluarganya dan berilah hidayah dan kesedaran utk mereka menggapai keampunanMU sebelum dipisahkan nyawa dari jasad mereka...Amin Ya Rabbal 'Alamin"


Sunday, 2 November 2008

:: Bila Diri Disayangi ::

Terdengar bisikan mesra,
Kalimah keramat bermentera,
Bermulanya siang berakhir malamku,
Tak akan kujemu menyebut namamu,

Tiada batasan waktu,
Tiada tempat mu tertentu, Di gunung di lembah,
Di darat di air,
Siapa pun hamba,
Keikhlasan doa,
Keagungan kasih,
Merubah takdir

Bila ku sedari diri di sayangi,
Langkah kaki ini semakin berani,
Bila terkeliru ku ucap namamu,
Terasa diriku kembali di pandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya,
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya,
Izinkanlah aku menumpang disini,
Di bawah naungan kasih dan sayangmu ku berserah diri