Thursday, 30 October 2008

:: Dunia Membuat Lalai ::

Dunia membuat lalai
Nikmat sesaat dicari
Nikmat abadi diabai
Sesal kemudian digapai..

Berat rasa cubaan
Sukar rasa ujian
Getir rasa perjuangan
Hanya sementara dirasakan..

Lapang rasa dada
Redha rasa jiwa
Di rasa selamanya..
:: Pantun Org Couple ::

Atas request sum0ne nda lama dulu..Aku cari ilham buat pantun ne gi..Nah FD..Hehe..

Pegang sana pegang sini,
Nda takut ka susut nilai,
Kawin alum tantu lagi,
Lau nda jadi tak ke ilang permata benilai?..

Tuhan bagi akal tak pakai,
Tuhan bagi hati nda tau menilai,
Diri sendiri yg lalai,
Baik buruk pun nda pandai menilai..

Bila di cakap marah,
Bila di nasihat melenting,
Tau ku..Tau ku nda pyh susah-susah!,
Tau pun diam bila udah bunting..

Sekarang ni baru ingat Tuhan,
Atu pun nasib baik ingat,
Menangis pun nda lagi tetahan-tahan,
Baru sekarang menyesal bangeettt..

Nasib baik Tuhan Maha Penyayang,
Atu pun nasib umur panjang,
Ada peluang mengucap panjang,
Minta ampun,panjat doa memanjang..

Perkara lepas jgn dikenang,
Pintu taubat terbuka luas,
Hidup bukan utk besanang-sanang,
Meraih dan mencari keredhaan Allah yg Maha luas..

Nada manusia yg nda buat silap,
Bumi mana nda ditimpa ujan,
Iman dan takwa benteng bersiap,
Itu semua sekadar ujian

Walau idea ku mencurah-curah,
Atu saja yg mampu dilakukan,
Andai ada bahasa o ayat yg salah,
Jgn lupa beri teguran..

Okey~Assalamualaikum

Saturday, 25 October 2008

:: Kecantikan Sebenar ::

:: Kecantikan Sebenar.... ::

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni. Jadi, jngan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang idah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yg dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
:: 10 Wasiat Imam Syafie ::

Sebelum Imam Syafie pulang ke Rahamatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut.
"Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
1. HAK KEPADA DIRI
Iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan perakapan dan berpada-pada dengan rezeki yg ada.
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yg tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yg kita zalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, memperbanyakkan zikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikapwarak, suka membantu org beriman dan suka berjemaah.
7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takut Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
Iaitu: Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T
Iaitu: Mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wednesday, 22 October 2008

:: Kesedihanku ::

Ya Allah...Tabahkan hatiku dalam menempuh dugaan yang menimpa diriku dan keluargaku...

Apa yang anda lakukan bila berdepan dengan berita yang menyedihkan. Berita yang menyatakan bahawa salah seorang ahli keluarga anda tenat hanya menunggu saat untuk di ambil nyawanya.Sedih?

Oh Tuhan...
Sesungguhnya aku belum bersedia untuk menerima berita sebegini...Namun itu kuasaMu...aku hanya mampu menerimanya dengan hati yg sabar...semoga Kau meringankan segala kesakitan yang ditanggung olehnya Ya Tuhan...

Tuesday, 21 October 2008

:: 13 Perkara Tentang Lelaki & Wanita ::

1. Ada dua situasi dimana seorang lelaki tidak memahami seorang wanita, iaitu sebelum dan sesudah menikah.

2. Lelaki ingin menikah kerana merasa letih, sedangkan wanita ingin menikah kerana ingin tahu, dan kedua-duanya akan kecewa.

3. Wanita pada usia 40 tahun berfikir tentang masa depan anak-anak. Lelaki pada usia 40 tahun berfikir tentang melayani anak-anak.

4. Lelaki menikah hidup lebih lama daripada lelaki bujang. Namun lelaki menikah lebih banyak keinginan untuk mati!

5. Untuk memperoleh kebahagiaan daripada seorang lelaki, anda harus lebih banyak memahaminya dan tidak perlu terlalu mencintainya. Sedangkan untuk memperoleh kebahagiaan daripada seorang wanita, anda harus banyak mencintainya dan tidak perlu memahaminya sama sekali.

6. Wanita selalu mengenang lelaki yang ingin menikahinya. Sedangkan lelaki akan selalu mengenang wanita yang tidak ingin dinikahinya.

7. Buku paling tipis di dunia adalah tentang apa yang diketahui lelaki mengenai wanita dan biografi wanita yang bahagia.

8. Lelaki adalah orang yang akan membayar 20 ringgit untuk barang berharga 10 ringgit dan memerlukannya. Sedangkan wanita akan membayar 10 ringgit untuk barang berharga 20 ringgit dan tidak memerlukannya.

9. Seorang wanita memiliki kata akhir dalam setiap pertengkaran. Apapun yang dikatakan lelaki setelah pertengkaran adalah awal dari pertengkaran baru.

10. Wanita yang menikahi seorang lelaki berharap lelaki itu berubah, tetapi ternyata tidak berubah. Sedangkan lelaki yang menikahi seorang wanita berharap wanita itu tidak berubah namun ternyata berubah.

11. Lelaki sukses adalah lelaki yang mampu menghasilkan wang lebih banyak daripada yang dapat dihabiskan seorang wanita. Sedangkan wanita sukses adalah wanita yang dapat menemukan lelaki seperti itu.

12. Seorang wanita cemas akan masa depannya sehingga dia menikahi seorang lelaki. Sedangkan seorang lelaki tidak pernah cemas tentang masa depannya sehingga ketika dia menikahi seorang wanita.

13. Di mana pun seorang wanita menemukan lelaki yang menurutnya layak menjadi suami yang baik, dia akan selalu kecewa kerana biasanya lelaki itu telah beristeri.

Thursday, 16 October 2008

:: Apa yg KAU cari: Maaf! ::

Dua org sahabat karib sdg berjalan melintasi gurun pasir. Di tgh perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Sahabat yg kena tampar, merasa sakit hati, tapi dgn tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir; HARI INI SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.
Meqeka terus b'jalan sehingga menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan utk mandi. Sahabat yg pipinya kena tampar dan terluka hatinya tadi, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya.
Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; Hari Ini, Sahabat Terbaikku Menyelamatkan Nyawaku.
Sahabat yg menolong dan menampar sahabatnya bertanya, "kenapa setelah saya melukai hatimu, kau mentlisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di atas batu?"
Temana tersenyum dan menjawab, "ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yg luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tdk akan hilang ditiup angin."

Cerita di atas, bagaimanapun tentu saja lebih mudah dibaca dibanding dgn melakukannya. Begitu mudah kita memutuskan sebuah persahabatan hanya kerana sakit hati atas sebuah perbuatan atau perkataan yg menurut kita keterlaluan hingga menyakiti hati kita. Rasa sakit hati lebih kuat utk merosak dibanding begitu banyak kebaikan utk menjaga. Mungkin ini menang sebahagian dari sifat buruk diri kita.
Kerana itu, seseorang pernah memberitahu apa yg harus kita lakukan ketika kita sakit hati. Beliau mengatakan ketika sakit hati yg paling penting adalah melihat apakah memang orang yg menyakiti hati kita itu tdk kita sakiti terlebih dahulu.
Bukankah sudah menjadi kewajaran sifat org utk membalas dendam? Berkemungkinan kita telah melukai hatinya terlebihdagulu dan dia menginghnkan sakit yg sama terhadap kita seperti yg dia rasakan. Mungkin juga sakit hati kita kerana kesalahan kita sendiri yg salah dlm menafsirkan perkataan atau perbuatan teman kita. Boleh jadi kita tersinggung oleh perkataan sahabat kita yg dimaksudkannya sebagai gurauan.
Namun demikian, org yg bijak akan selalu mengjari muridnya utk memaafkan kesalahan-kesalahan saudaranya yg lain. Tapi ini merupakan sesuatu yg sgt berat. Kerana itu harus belajar 'menyerahkan' sakit itu kpd Allah yg begitu jelas dan pasti mengetahui bagaimana sakit hati kita dgn membaca doa, "Ya Allah, balaslah kebaikan siapapun yg telah diberikannya kpd kami dgn balasan yg jauh dari yg mereka bayangkan. Ya Allah ampuni kesalahan-kesalahan saudara-saudara kami yg pernah menyakiti hati kami."
Bukankah Rasulullah SAW pernah berkata, "3 hal di antara akhlak ahli syurga adalah memaafkan org yg telah menganiayamu, memberi kpd org yg mengharamkanmu, dan berbuat baik kpd org yg berbuat buruk kpdmu."
Kerana itu, mungkin kita pernah menyakiti seseorang dan dia tdk membalas. Mungkin juga org lain menyakiti hati kita kerana kita penah menyakitinya. Namun dgn izinNYA kita berusaha memaafkannya. Tapi yg kita takutkan org lain tdk mahu memaafkan. Sungguh, dosa-dosa kita kpd Tuhan telah menghimpit ke dua sisi tukang rusuk kita hingga menyesakkan dada.
Jika org lain tdk sanggup mendoakan kita agar kita 'ada' di hadapanNYA, maka ikhlaskan segala kesalahan-kesalahan kita. Tolong jgn tambahkan kehinaan pd diri kita dgn mengadukan kpd Tuhan bahawa kita telah menakiti hatinya.

Wallahualam....

Saturday, 11 October 2008

:: Berpakaian Tapi Telanjang! ::

11 Oktober 2008 / 10 Syawal 1429
12:56pm

Assalamualaikum pembuka tirai,
Marilah baca dan hayati ramai-ramai.

Pakai tudung tapi bertelanjang,
Apa nak jadi perempuan-perempuan sekarang,
Bila ditegur naik berang,
Balasnya, "jgn nak jaga tepi kain org!"

Di atas tutup bwh terbuka,
Kanan terbelah kiri ternganga,
Pakai skirt biar berpada,
Jgn sampai kita di kata.

Nak bertudung biarlah ikhlas,
Jgn dicemar maruah agama,
Tdk semestinya b'tudung tak boleh berhias,
Tapi kenalah ikut suruhan agama.

Bila bertudung jagalah peribadi,
Ingat maruah tak boleh dibeli,
Jgn kotorkan diri yg suci,
Bila dah terlanjur baru nak gigit jari.

Pakai tudung kain terbelah,
Sampai terkadang ternampak paha,
Islam itu sebenarnya indah,
Cuma kita yg tak dpt menilainya.

Apa nak jadi perempuan sekarang?
Ada telinga tapi tuli,
Bila dinasihat kita diserang,
Itu ke dia perempuan sejati?

Wahai perempuan aku menyeru,
Tutuplah aurat sopankanlah pakaianmu,
Sejuk mata pandang tak jemu,
Kan selamat kalau semua org cematu.

Bkn sengaja mereka cerita,
Tapi senario ini sering terjadi,
Pakai tudung just ikut syarat saja,
Tanpa disusuli niat yg suci.

Sebelum aku mengundur diri,
Minta maaf dari hujung tudung smpai hujung kaki,
Jaga diri hiasi peribadi,
Agar menjadi muslimah sejati.

Massalamah penutup tirai,
Ukhuwah fillah jgn terlerai....

:: Ceritaku - 1 ::

11 Oktober 2008 / 10 Syawal 1429
12:01am

Tadi,aku menonton movie 'Ayat-Ayat Cinta' tayangan Tv3. Jika di hayati jalan ceritanya banyak memberi kita pengajaran suka duka dalam kehidupan. Belajar utk tdk menjadi seorang yg angkuh,hina perangai. Namun dpt mengajar kita menjadi seorang yg sentiasa dlm keadaan yg sabar dan keikhlasan.
Dalam 1 part cerita tu tadi sewaktu Fahri dibicarakan,saat Noura memfitnah diri Fahri telah memperkosanya sehingga mengandungkan benih si Fahri,sungguh timbul rasa ke tdk adilan thdp org yg tdk brdosa.
Sewaktu Fahri hendak menunaikan solat namun hatinya tdk tenteram yg membuatkan dia tdk dpt melakukan solat dgn khusyuk. Malah dia di tertawakan oleh rakan sepenjaranya itu. Sewaktu dia menerima sepucuk surat menyatakan dia dibuang drpd meneruskan pengajiam,dia seakan berputus asa. Namun si sahabat itulah yg memujuk dirinya utk bangkit. Dia dikatakan org yg sombong. Kenapa? Kerana dia tdk berusaha utk berdoa dan memohon keampunan serta bertaubat sehingga mengeluarkan kata 'apakah salahku pada Allah?' yakinkah dirinya itu sentiasa dlm keadaan suci dan tdk berdosa? [Astaghfirullah]

Di saat si sahabat menyedarkan dirinya dgn memberitahu kisah tentang Nabi Yusuf A.S dgn Zulaikha..Yang mana Nabi Yusuf telah difitnah oleh Zulaikha dgn menyatakan bahawa Yusuf A.S telah memperkosa dirinya. Padahal kejadian itu dusta semata-mata. Lalu Yusuf A.S di hukum penjara. Walaupun di penjara namun Yusuf A.S tdk sekalipun memberontak. Kerana apa? Kerana dia tahu bahawa semua itu adalah ujian drpd Sang Pencipta kita iaitu Allah SWT. Sehinggakan Yusuf A.S berdoa kpd Allah yg kira-kira berbunyi "Ya Allah,andainya penjara ini adalah tempat terbaik buat diriku utk mendekatkan diri kpdMU,maka aku lebih rela menetap disini drpd dbebaskan utk hidup di sekeliling manusia-manusia pendusta" nyata lah Nabi Yusuf A.S seorang yg tabah dan sabar dlm menempuh dugaan sebegitu..Apakah kita akan mencontohi dirinya jika kita ditimpa dugaan yg berat lagi membebankan?Apakah kita mampu bersabar?
Renungkanlah wahai insan.....

-Ya Allah,andai diriku ditimpa dugaan berat,mohon ditabahkan hatiku utk menghadapinya dgn sabar-

Friday, 10 October 2008

:: Sesuatu Di Antara Waktu ::

"Hai org-org yg beriman,ingatlah akan nikmat Allah (yg telah dikurniakan) kepadamu ketika dtg kepadamu tentera-tentera,lalu Kami kirimkan kpd mereka angin taufan dan tentera yg tdk dpt kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakan.
(Iaitu) ketika mereka dtg kpdmu dari atas dan dari bwhmu,dan ketika tdk tetap lagi pengliatan (mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dgn berbagai prasangka. Di situlah diuji org-org mu'min dan digoncangkan (hatinya) dgn goncangan yg sangat.
[Surah Al-Ahzab,Ayat: 9-11]

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta...
Ayat di atas tu menceritakan tentang 1 peqerangan Ahzab yg kan dihadapi oleh kaum muslimin dgn kaum kafir. Allah menceritakan pat kitani, bahawa masa kaum kafir ane dtg dari segala penjuru, dari atas dan bwh yg sedemikian banyaknya sampaikn menimbulkan rasa takut kaum muslimin. Rasa takut durang atu, Allah menggambarkan yg masa atu kaum muslimin hatinya seakan-akan naik menyesak sampai ke tenggorok, dlm masa atu sebenarnya Allah atu hendak menguji keimanan durang saja..Tapi sebahagian kaum atu berprasangka buruk..Namun ada jua lah yg think positive... =)

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta...
Mari kitani lihat dlm diri kita. Tanyakan pada diri, pernahkah kitani mengalami situasi yg sama? Pernahkah kitani mengalami keadaan hari-hari tani di mana kita berhadapan dgn 1 masakah yg begitu besar (menurut kitani la) sehingga kitani takut, gelisah dan berprasangka yg buruk kpd Allah? [Astgghfirullah]. Pernahkah kitani merasa kita berhadapan dgn 1 permasalahan yg mana kitani merasa yg kitani atu ditinggalkan oleh-Nya?
Sekiranya pernah, yakinlah bahawa kitani ne sdg diuji oleh Allah. Allah menguji diri kita kerana kan melihat sejauh mana iman kita. Sejauh mana kepasrahan dan kesabaran kitani sebagai hamba kpd Allah Sang Pencipta.

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta...
Yakinkan diri bahawa setiap 1 kesusahan atu diapit oleh 2 kesenangan. Yakinlah bahawa setiap sesudah kesusahan atu, insyaALLAH mesti ada kesenangan & kemudahan. Jadinya sentiasalah prasangka baik kpd Allah, sbb Dialah Yang Maha Mengetahui segala selok-belok diri hamba-hambaNYA. Allah atu Maha Pengasih dan Maha Penyayang yg inda akan pernah menzalimi kitani hambaNYA. Setiap ujian dan cubaan yg dihadapi,mesti kita sabar dan ikhlas menjalaninya maka Allah berjanji akan memberikan yg teramat baik yg inda pernah tani jumpa yg inda pernah tani terfikir sebelumnya.

Akhir kalam..Sebagai 1 ingatan buat semua dan diriku sendiri saya ucapkan, selamat menerima dan menjalani jamuan Allah iaitu cubaan dan ujian hidup dgn tabah dan sabar..

BitTaufiq Wan Najah

:: ceritaku ::

10 Oktober 2008 / 9 Syawal 1429
5:45pm

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Kepada semua pengunjung - pengunjung blog satuceritaseribumakna..Tiada yg istimewa cuma hanya akan diselitkan 1 cerita/artikel/kisah setiap hari untuk bacaan semua..

Sekian....